Thursday 20 September 2018

20 kisah nabi muhammad

https://www.youtube.com/watch?v=WO2NnkQ0P3g

TANGGUNGJAWAB REMAJA DALAM MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM


TANGGUNGJAWAB REMAJA DALAM MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM



Tanggungjawab memartabatkan agama Islam di Malaysia bukan hanya terletak pada remaja semata-mata, sebaliknya ia tanggungjawab setiap umat Islam di negara ini. Sebagai Remaja hendaklah dilihat sebagai melengkapi perjuangan memartabatkan Islam. Menjadi tanggungjawab semua remaja untuk mendaulatkan agama Islam dan menysuaikan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bukan 'agama rasmi' seperti difahami sesetengah golongan.
Apatah lagi sebagai negara majoriti Islam yang mengiktiraf peranan penting Islam dalam sistem politik, ekonomi sosial dan undang-undang. Islam yang dinyatakan adalah Islam dalam erti kata sebenar iaitu sebagai cara hidup, bukan terhad kepada amalan atau ibadah khusus semata-mata.
Remaja pada masa sekarang adalah bakal pemimpin masa hadapan serta akan mengisi saf kepimpinan baru negara. Oleh itu, sebarang usaha dan inisiatif untuk memperkasakan lagi keperluan, kehendak, kebajikan dan hak asasi golongan realistik ini adalah sangat dialu-alukan dan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Biarpun begitu, kelompok belia atau pemuda secara objektifnya mempunyai idealisme mereka yang tersendiri dan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Oleh demikian, mereka perlu tegas dan berani menyatakan hasrat dan pandangan tanpa berpihak kepada mana-mana badan serta bebas mengkritik dan memberi pendapat dalam semua perkara.
Selanjutnya, remaja hari ini perlulah dilengkap dan dipersiapkan dengan pendidikan tinggi dalam segala aspek terutamanya peluang ke universiti. Ini adalah kerana universiti adalah medan terbaik kepada golongan belia untuk membina kaliber dan mengasah bakat kepimpinan, mengumpul ilmu pengetahuan dan pengalaman seluasnya serta membentuk jaringan perhubungan yang luas dalam pelbagai dimensi dan sebagainya melalui gerakan aktivisme di dalam dan luar kampus. Untuk itu, mahasiswa Islam perlu mengambil peluang dan ruang yang cukup luas dan meletakkan semula fungsi mereka sebagai agen perubahan dan jurubicara umat. Mereka tidak boleh lagi layu dan lesu terhadap sesuatu perkara yang berlaku di mana mereka perlu lebih aktif dan agresif menjuarainya. Justeru berdasarkan premis tersebut, universiti adalah platform dan forum merangka formula ke arah melahirkan belia yang berintegriti, bersahsiah dan bermaruah.
Akhir kata setiap remaja haruslah merebut peluang dalam memperjuangkan dan menegakkan agama islam di Malaysia.


DOA HARIAN

https://www.youtube.com/watch?v=fknom6ANrF4

RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM

Rukun Iman Ada 6

  • Iman Kepada Allah
  • Iman kepada Malaikat – Malaikat Allah
  • Iman Kepada Kitab – Kitab Allah
  • Iman kepada Rasul – Rasul Allah
  • Iman kepada hari Kiamat (Akhir)
  • Iman kepada Qada’ dan Qadar (Takdir Baik dan Takdir Buruk)

Rukun Islam Ada 5

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan Sholat
  • Menunaikan Zakat
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan haji di Mekkah bagi muslim yang mampu

Prinsip Seni Dalam Islam

Dalam Islam terdapat beberapa prinsip mengenai kesenian yang perlu diperhatikan, diantaranya 

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai yang ada disekelilingnya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keridhaan Allah swt. 

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 


3. Kesenian islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan islam itu sendiri. menurut islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap. 


4. Kesenian islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan syariatnya. maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. ini yang membedakan kesenian islam dengan kesenian bukan islam.


5. Kesenian islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia Dan juga makhluk. Terdapat lima hukum dalam seni dapat diperincikan.di antaranya:

  • a. Wajib : jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh kepada mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan untuk memperindah bentuk masjid yang dimaksudkan untuk menarik hati orang agar ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. 
  • b. Sunnah : jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat islam seperti dalam nasyid, qasidah dan shalawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan maulid rasul atau seni lagu Al-Quran (tilawah). 
  • c. Makruh : jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
  •  d. Haram : jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : Melengahkan manusia sehingga mengabaikan kewajiban-kewajiban yang berupa tanggung jawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membedakan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah). Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, narkotika dan berbagai kemaksiatan yang lain. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampaui batas. Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada yang dibuat dari kayu, batu dan lain-lain. Seni yang merusak akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). Jenis-jenis seni yang dipertontonkan sebagai maksud atau niat untuk memamerkan dengan sikap kesombongan.
  •  e. Mubah : apa saja bentuk seni yang tidak ada nash yang mengharamkannya.

Kisah Seni Dalam Islam

Seni dalam Islam muncul seiring dengan diutusnya Rasulullah SAW. Hal ini bisa kita jumpai dalam hadits nabawi yang diriwayatkan bahwa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi SAW. Ketika itu ada dua gadis disisi Aisyah yang sedang bernyanyi, lalu Abu Bakar menghardiknya seraya berkata: “Apakah pantas ada seruling syetan dirumah Rosulullah?” kemudian Rosulullah SAW. Menimpali : biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya”. Dimasa generasi tabi’in, teori musik juga dikenal dikalangan kaum muslimin mereka mempelajari buku-buku musik yang diterjemahkan dari bahasa Yunani dan Hindia. Diantara para ahli musik yang muncul dikala itu adalah Ibnu Misyah (wafat tahun 705 M), Yusuf bin Sulaiman al-Khotib (wafat tahun 785 M), Kkhalil bin Ahmad yang telah mengarang buku teori musik mengenai not dan irama. Perhatian cukup besar terhadap seni musik diberikan dimasa akhir Daulah Umayyah, kemudian juga dimasa Daulah Abbasiah. Salah satu pendorong didirikannya sekolah musik dimasa kekuasaan daulah Abbasiah karena keahlian seni musik dan menyanyi merupakan salah satu syarat bagi pelayan (budak), pengasuh, dayang-dayang di Istana dan di Rumah-rumah para pejabat. Meskipun seni telah dikenal sejak awal kemunculan Islam, namun perdebatan mengenai batasan-batasan yang membolehkan maupun tidak membolehkan hingga saat ini masih terus tumbuh berkembang, seiring dengan beragamnya alat musik yang diproduksi. Bahkan, pembahasan mengenai hukum memperdagangkan alat-alat musik masih terus menjadi diskusi yang cukup menarik, termasuk mengenai batasan-batasan yang diperbolehkan secara syar’i dalam mengekspresikan seni. Pada kerajaan Islam, kesenian itu dengan segala macam ragamnya dapat berkembang seluas-luasnya, bahkan khalifah atau raja-raja Islam itulah pendorong utama dalam mendirikan masjid, bangunan-bangunan hasil kesenian lainnya yang bernafaskan rasa keagamaan dan ketuhanan. Pemecahan masalah fiqih dengan segala macam masalah khilafiahnya, telah menghisap kering sebagian besar persediaan energi ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin Islam Indonesia. Oleh sebab itu walaupun berabad-abad lamanya suara adzan berkumandang di angkasa Indonesia, namun soal kesenian belum mendapat tempat sewajarnya, bahkan terkadang merupakan soal yang masih asing bagi kaum muslimin.

Jenis Ajaran Sesat

Era Masa Kini

Pada masa kini ditahun-tahun 2000 hingga lah sekarang masih juga terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebar dan di amalkan . Pada tahun 2007 Ajaran Sesat ‘kerajaan langit’ yang dipimpin oleh Ariffin bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin di Terengganu telah terbongkar dan pengikut-pengikutnya telah dihadapkan ke mahkamah. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama, manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuat adalah berasaskan wahyu tersebut.
SENARAI ORGANISASI AJARAN SESAT DI MALAYSIA
KESAN DAN AKIBAT AJARAN SESAT

Sememangnya ajaran sesat membawa kehancuran terhadap kadaulatan negara dan juga menimbulkan berbagai keganasan, ia juga mengakibatkan ancaman terhadap kestabilan politik serta ancaman terhadap perpaduan ummah dan masyarakat.

Kesan Terhadap Individu

Dengan mengamalkan ajaran sesat akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam, pengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Minda penganut ajaran sesat akan tertutup dan pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik menjadikan kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
Kesan Terhadap Masyarakat

keruntuhan institusi kekeluargaan dan Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka. Ajaran sesat boleh menggugat perpaduan dan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat . Ajaran sesat boleh mengwujudkan keganasan di mana kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.
Kesan Terhadap Negara

Negara akan menjadi mundur kerana penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Ajaran sesat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti peristiwa yang berlaku pada 19 Oktober 1974 di mana seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. Peristiwa seorang ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak, iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979. Seterusnya pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.