Era Masa Kini
Pada masa kini ditahun-tahun 2000 hingga lah sekarang masih juga terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebar dan di amalkan . Pada tahun 2007 Ajaran Sesat ‘kerajaan langit’ yang dipimpin oleh Ariffin bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin di Terengganu telah terbongkar dan pengikut-pengikutnya telah dihadapkan ke mahkamah. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama, manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuat adalah berasaskan wahyu tersebut.
SENARAI ORGANISASI AJARAN SESAT DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat banyak ajaran sesat yang telah dikenalpasti dan di antara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut :-
1. Rampai
2. Wali Suci
3. Kalimat Sakti
4. Silat Pukulan Jarak Jauh
5. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
6. Zikir Sha`ban Islam Haq
7. Asal Wujud Garis Laksmana
8. Al-Ma`zat
9. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
10. Ilmu Kebatinan
11. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
12. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
13. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
14. Mohd Nordin Putih
15. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
16. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
17. Wali Sembilan
18. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
19. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
20. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
21. Al-Arqam
22. Golongan Anti Hadis
23. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie
24. Syiah
25. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
26. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
27. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
28. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
29. Tarikat Mufaridiah
30. Ajaran Hassan Anak Rimau
31. Tarikat Aurad Ismailiah
32. Ajaran Martabat Tujuh
33. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
34. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
35. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
36. Ajaran Mohd Nor Seman
37. Al-Ma`unah
38. Ajaran Azhar Wahab
39. Ajaran Hj.Banuar
KESAN DAN AKIBAT AJARAN SESAT
Sememangnya ajaran sesat membawa kehancuran terhadap kadaulatan negara dan juga menimbulkan berbagai keganasan, ia juga mengakibatkan ancaman terhadap kestabilan politik serta ancaman terhadap perpaduan ummah dan masyarakat.
Kesan Terhadap Individu
Dengan mengamalkan ajaran sesat akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam, pengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Minda penganut ajaran sesat akan tertutup dan pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik menjadikan kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
Kesan Terhadap Masyarakat
keruntuhan institusi kekeluargaan dan Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka. Ajaran sesat boleh menggugat perpaduan dan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat . Ajaran sesat boleh mengwujudkan keganasan di mana kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.
Kesan Terhadap Negara
Negara akan menjadi mundur kerana penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Ajaran sesat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti peristiwa yang berlaku pada 19 Oktober 1974 di mana seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. Peristiwa seorang ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak, iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979. Seterusnya pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.
No comments:
Post a Comment